Protokol Rangkaian dan Komunikasi

TCP/IP

IP (Internet Protokol)

Internet Protokol ialah internet untuk protokol yang digunakan bagi menyambung pelbagai rangkaian bagi membentuk internet. Diperkenalkan pada tahun 1983 dan merupakan sebahagian daripada projek DARPA.

Pengalamatan.

Satu isu yang pertama yang dikendalikan oleh IP ialah isu pengalamatan. Disebabkan IP menghubungkan beberapa rangkaian, pengalamatan dalam IP mestilah mempunyai dua komponen iaitu nombor yang menandakan rangkaian dan nombor yang menandakan nod dalam rangkaian.

IP menggunakan cara pengalamatan 32bit, yang dibahagikan kepada kelas.

  • Kelas A : menggunakan 8 bit pertama  untuk menandakan nombor rangkaian dan 24 untuk menandakan nod dalam rangkaian.
  • Kelas B : menggunakan 16 bit untuk menandakan nombor rangkaian dan 16 bit untuk menandakan nod dalam rangkaian.
  • Kelas C : menggunakan 24 bit untuk menandakan nombor rangkaian dan 8 bit untuk menandakan nod dalam rangkaian.

32 bit alamat nin dibahagikan kepada 4 bait. JAdi alamat suatu nod dapat dinyatakan sebagai 202.185.46.201

Bagi memastikan alamat IP tidak bertindih, perlu ada satu kawalan pusat yang mengeluarkan nombor IP. Kawalan pusat pada peringkat antarabangsa ini akan mengumpukkan alamat IP bagi suatu negara. Pada peringkat negara juga perlu ada satu badan yang mengawal nombor IP bagi setiap organisasi dalam negara tersebut. Begitulah juga pada peringkat organisasi.

Subrangkaian

Apabila satu rangkaian tempatan berkembang, pengurusannya kerapkali menimbulkan masalah. Setiap kali satu rangkaian baru dibentuk, pentadbir sistem perlu menghubungi pengawal IP untuk mendapatkan nombor rangkaian yang baru. Bagi membolehkan rangkaian dipecahkan kepada beberapa rangkaian tetapi masih dianggap sebagai satu rangkaian ialah memecahkan rangkaian kepada subrangkaian. Misalnya bagi rangkaian yang menggunakan pengalamatan kelas B, 6 bit boleh digunakan bagi menandakan subrangkaian dan 10 bit lagi digunakan bagi menandakan hos.

Protokol kawalan Internet

Selain daripada IP terdapat tiga protokol kawalan yang digunakan pada paras rangkaian iaitu :-

  • ICMP (Internet Control Message Protocol)

Protokol ini mengawal sebarang peristiwa  yang tidak dijangka dan melaporkan   dalam bentuk perutusan.

  • ARP (Address Resolution Protocol)

Walaupun setiap stesen mempunyai alamat IP, ia tidak boleh digunakan untuk menghantar data kerana alamat yang digunakan oleh suatu rangkaian adalah berbeza daripada alamat ini. Bagi memetakan alamat IP kepada alamat sebenar rangkaian, protokol ARP digunakan.

  • RARP (Reverse Address Resolution Protocal)

          Songsangan kepada protokol ARP.

 Protokol penentuan laluan

Penentuan laluan dalam internet dilakukan dengan menggunakan dua protokol:-

  • OSPF (Open Shortest Path First)

         Protokol ini digunakan bagi menentukan laluan di dalam suatu rangkaian.

  • BGP (Border Gateway Protokol)

          Digunakan bagi menentukan laluan yang melibatkan dua rangkaian yang berbeza.

TCP (Transmission Control Protokol).

TCP ialah protokol pengangkutan data yang disediakan dalam internet. Ia telah direkabentuk untuk menyediakan satu aliran data yang boleh dipercayai antara dua stesyen dalam internet. TCP pada asalnya ditakrifkan dalam RFC 793. Beberapa pembaikan kepada TCP dinyatakan dalam RFC 1122 dan beberapa tambahan kepadanya dinyatakan dalam RFC 1323.

Model TCP

Perkhidmatan TCP boleh diperolehi oleh penghantar dan penerima dengan menggunakan soket. Setiap soket mempunyai nombor soket (alamat) yang terdiri daripada alamat IP dan juga Nombor pangkalan.

Satu soket boleh digunakan bagi pelbagai sambungan pada satu masa. Maknanya satu atau lebih sambungan boleh menggunakan satu soket yang sama.

Sambungan TCP adalah dupleks dan stesyen kepada stesyen berasaskan kepada konsep pelayan pelanggan. Pelanggan adalah stesen yang memerlukan perkhidmatan manakala pelayan adalah stesen yang memberikan suatu perkhidmatan. TCP tidak menyokong sambungan daripada satu stesen kepada banyak stesen pada satu masa.Sambungan TCP juga adalah berasaskan kepada aliran bait dan bukannya aliran perutusan.

Pengurusan sambungan

Sambungan TCP dibina dengan menggunakan pertukaran perutusan tiga arah. Bagi membina sambungan,

  • pelayan akan menunggu permintaan sambungan dengan melaksanakan primitif LISTEN dan ACCEPT.

  • pelanggan akan melakukan permintaan sambungan dengan melaksanakan primitif CONNECT.

  • pelayan boleh menerima atau menolak permintaan tersebut.

  • pelanggan kemudiannya akan memberikan maklum terima kepada pelayan.

 

FTP (File Transfer Protokol)

Protokol Pemindahan Fail atau File Transfer Protokol (FTP) merupakan satu kemudahan yang amat berguna dalam proses pemindahan atau perkongsian fail atau data melalui talian berkomunikasi berkomputer.

Protokol Pemindahan Fail membolehkan pemindahan fail dilakukan di antara dua komputer yang disambungkan dengan talian Internet. Fail-fail yang dapat dipindah termasuk perisian, dokumen, fail untuk konfigurasi rangkaian dan sebagainya. Untuk memindah fail dengan menggunakan protokol yang berkenaan, seseorang memerlukan perisian pemindahan fail yang khas. Perisian yang paling  popular digunakan ialah WS-FTP yang merupakan sejenis perisian freeware. WS-FTP menyediakan antaramuka mudah untuk seseorang melaksanakan proses FTP.

Banyak pusat-pusat pengajian, agensi kerajaan dan firma-firma di serata dunia menyediakan pelbagai fail untuk dicapai oleh pengguna secara percuma. Pengguna dapat mencapai dan menyalin fail-fail tersebut tanpa memerlukan kata laluan. Cara untuk menyalin fail tanap menggunakan kata laluan dikenali sebagai Protokol Pemindahan Fail Tanpa Nama.

Menerusi internet, segala fail sama ada dalam bentuk teks, grafik, audio atau video amat mudah untuk dipindahkan dari satu komputer kepada komputer yang lain dengan menggunakan ” File Transfer Protocol (FTP)”. Segala bahan pembelajaran yang terdapat dalam sesuatu server (di mana-mana institusi pendidikan) boleh dipindahkan ke dalam komputer kita di rumah atau di sekolah tanpa mengalami sebarang perubahan. Pada hari ini, terdapat pelbagai perisian yang boleh dimuat turun (download) sama ada secara percuma ataupun berbayar. Kita juga boleh memuatkan kembali (upload) segala fail ke dalam sesuatu server untuk di pamirkan atau dimanfaatkan oleh orang lain, terutama para pendidik dan pelajar di seluruh dunia. Semuanya menggunakan kemudahan FTP.

Capaian maklumat melalui internet melibatkan dua komponen utama iaitu capaian secara fizikal (physical access) dan capaian secara bijaksana (intellectual access). Capaian secara fizikal di dalam internet merupakan kemudahan kelengkapan komputer kepada guru dan pelajar untuk mencapai internet berserta dengan komponen seperti e-mel, gopher, kumpulan perbincangan elektronik, pemindahan fail, Archie, Veronica, WAIS, dan WWW. Tanpa kemudahan untuk mencapai internet, pengajaran secara maksima mengintegrasikan internet dalam pengajaran dan pembelajaran sukar berlaku. Namun dengan kemudahan jaringan kerja setempat “LAN” (Local Access Network) hasrat mengintegrasikan internet ke dalam pengajaran masih boleh dilaksanakan. Pelajar juga perlu dididik mengenai tanggungjawab dan etika sebagai pengguna “on-line” di dalam mencapai internet. Pelajar perlu didedahkan kepada capaian intelektual , iaitu kebolehan dan kemahiran menjelajah dunia siber dengan penuh berakhlaq dan bijaksana.

Kemahiran-kemahiran intelektual yang perlu ada pada pelajar di dalam mencapai internet secara efektif ialah:

  • Mengetahui cara menggunakan beberapa aplikasi penting seperti e-mail, FTP, IRC dan sebagainya.
  • Menguasai beberapa perisian word processing dan grafik.
  • Memilih engin pencari yang sesuai dan tahu menggunakannya.
  • Memilih maklumat yang sah dan boleh dipercayai melalui penilaian terhadap kandungan dan sumber.
  • Merancang pencarian supaya cepat dan tepat.
  • Menganalisa data.
  • Membina dan menguji model-model.

Pembelajaran melalui internet seharusnya lebih banyak tertumpu kepada aktiviti “intellectual inquiry” , iaitu aktiviti yang boleh membawa pelajar kepada penyelesaian masalah berasaskan sumber maklumat yang bermakna. Antara kaedah-kaedah pengajaran yang sesuai digunakan ialah:

  • Pengajaran berasaskan sumber (resource based teaching)
  • Pengajaran pemusatan pelajar (child-centered classrooms)
  • Pengajaran berkonstruktif (constructivist teaching)
  • Pengajaran dan pembelajaran “Authentic” (Authentic teaching and learning)
  • Pengajaran dan penilaian berasaskan kepada pencapaian pelajar dalam sesuatu projek (project oriented education using authentic assessment).

HTTP (Hypertext Transfer Protokol)

Protokol Pemindahan Hipertaks merupakan protokol utama yang digunakan dalam World Wide Web (WWW) untuk memindahkan maklumat di antara komputer. Perkataan “http” di permulaan alamat (URL) halaman induk tersebut merujuk kepada Hypertext Transfer Protocol.

Antara perintah HTTP disenaraikan seperti di dalam jadual di bawah.

Nama

Penerangan

GET Permintaan untuk membaca satu laman web.
HEAD Permintaan untuk membaca kepala laman web.
PUT Permintaan untuk menyimpan laman web.
POST Menambah kandungan satu laman web.
DELETE Membuang laman web
LINK Menyambung dua sumber
UNLINK Memutuskan hubungan antara dua sumber.

SMTP (Silmple Mail Transfer Protocol)

Dalam internet, proses pemindahan email dilakukan dengan membina sambungan TCP pada pengkalan 25 pada mesin destinasi. Tugas untuk melakukan pemindahan ini dibuat oleh satu perisian email (biasanya dikenali sabagai daemon) yang menggunakan protokol SMTP (Simple Mail Transfer Protokol). Protokol SMTPini dinyatakan dengan menggunakan RFC 821. Daemon ini menggunakan sambungan dan menyalin perutusan yang diterima ke dalam peti surat yang sesuai. Jika suatu perutusan tidak dapat dihantar, satu maklumbalas diberikan kepada penghantar.

SMTP adalah suatu protokol berasaskan ASCII. Selepas membuat sambungan TCP, mesin penghantar yang bertindak sebagai pelanggan akan menunggu kepada mesin penerima yang bertindak sebagai pelayan memberikan maklumbalas menyatakan identit dan kesediaannya untuk menerima email. Jika pelayan tidak bersedia untuk menerima email, sambungan akan terputus dan pelanggan boleh membuat percubaan untuk menghantar email tersebut sekali lagi.

Satu contoh sesi penghantaran email menggunakan protokol SMTP:- 220 sun1.ftsm.ukm.my.ESMTP Sendmail 8.9.3/8.9.3;Tue, 15 Feb 2000 11:54:55 + 0800 (SGT)

                  HELO abc.com

250 sun1.ftsm.ukm.my Hello [202.185.60.64], pleased to meet you

                  MAIL FROM <amz@abc.com>

501 Syntax error in parameters scanning “FROM”

                  MAIL FROM: <amz@abc.com>

250<amz@abc.com>…Sender ok

                   RCPT TO : <mjn@sun1.ftsm.ukm.my>

550<mjn@sun1.ftsm.ukm.my>…User unknown

                   RCTP TO : <jan@sun1.ftsm.ukm.my>

250<jan@sun1.ftsm.ukm.my>…Recipient ok

                   DATA

354 Enter mail, end with “.” on a line by itself

                   Apa khabar? Sedang mencuba email menggunakan SMTP

250 LAA06239 Message accepted for delivery

                                  QUIT                                                                                            

Interaksi dengan SMTP boleh dilakukan samada pada paras pengguna atau aturcara pengguna. Pada paras pengguna, kita boleh membuat sambungan kepada SMTP dengan menggunakan perintah telnet pada pangkalan 25 seperti berikut:-

            telnet sun 1.ftsm.ukm.my 25

Dalam contoh di atas, perintah kepada SMTP dilakukan dengan menggunakan empat huruf, HELO bukannya HELLO. Sintaks bagi setiap perintah mestilah dinyatakan dengan betul. Perintah MAIL FROM yang pertama tidak mengandungi tanda kolon menyebabkan ia ditolak.

Perintah RCPT TO menyatakan alamat penerima mail. Pelayan akan membuat semakan samada peti surat penerima tidak ditemui, jadi ia memberi maklumbalas menolak permintaan tersebut. Perintah ini hanya membolehkan menyenarai satu penerima pada satu baris. Jika kita ingin menghantar email kepada lebih dari seorang pengguna, kita perlulah menyenarai setiap pengguna satu demi satu.

DATA adalah perintah yang menyatakan bahawa selepas daripada ini isi surat akan disertakan. Biasanya isi surat ini disertakan bersama-sama dengan kepala surat tersebut. Untuk menamatkan sesi SMTP, perintah QUIT digunakan.

POP (Post Office Protocol)

Penggunaan agen pengguna pada PC memerlukan perpindahan peti surat yang terdapat di dalm pelayn email kepada peti surat di dalam PC pengguna dan apabila email dihantar ia dilakukan dengan memindahkan daripada PC kepada pelayan email.

Protokol bagi melakukan pemindahan antara peti surat pelayan email dan peti surat PC dikenali sebagai POP3, yang ditakrifkan dalam RFC 1225. Perisian yang mengendalikan protokol POP3 juga adalah sebuah daemon yang menunggu pada pangkalan TCP 110.

Hubungan dengan POP3 dapat dilakukan samada pada paras pengguna atau menggunakan aturcara pengguna. Pada paras pengguna, kita boleh menggunakan sambungan telnet pada pangkalan 110 seperti berikut:-

        telnet sun1.ftsm.ukm.my 110

Posted in Uncategorized | Leave a comment

Sistem Pengoperasian Rangkaian

Berbanding dengan sistem operasi yang digunakan untuk pengguna individu bagi mengawal sesebuah komputer, contohnya DOS dan Windows95, Sistem Pengoperasian Rangkaian (NOS) mengawal dan menguruskan semua aktiviti yang dijalankan oleh pelbagai komputer di sepanjang rangkaian. Sistem Pengoperasian Rangkaian (NOS) ini bertindak sebagai pengarah bagi memastiakan perjalanan rangkaian ini dapat berjalan dengan sempurna dan bersistematik.


Terdapat dua jenis Sistem Pengoperasian Rangkaian (NOS) yang utama iaitu:


1- sesama pelanggan (peer-to-peer)

2- pelanggan-pelayan (client-server)

 

SESAMA PELANGGAN (PEER-TO-PEER)

Sistem Pengoperasian Rangkaian sesama pelanggan (peer-to-peer) membenarkan pengguna berkongsi sumber-sumber dan fail-fail yang terdapat pada komputer peribadi masing-masing dan membuka, mencari serta mengambil data atau sumber maklumat yang terdapat dari komputer-komputer orang lain.


Walau bagaimana pun, ia tidak mempunyai fail pelayan atau sumber pengurusan terpusat kerana di dalam sistem rangkaian ini, semua komputer dianggap setara dan seimbang. Ini bermakna kesemua pengguna mempunyai kelayakan dan kebolehan untuk menggunakan sumber yang terdapat di dalam komputer di rangkaian tersebut.

Sistem Pengoperasian Rangkaian sesama pelanngan ini dicorakkan untuk memenuhi keperluan suatu kawasan kecil ke sederhana besarnya. Ia amat sesuai bagi Rangkaian Kawasan Setempat (LAN). Contoh program yang berupaya berfungsi sebagai sistem rangkaian sesama pelanggan ialah AppleShare dan Windows bagi Kerja Berkumpulan (WorkGroup).

 

KEBAIKAN PEER-TO-PEER

1- Kos dapat dikurangkan – fail pelayan yang dedikasi tidak diperlukan
2- Sistem – Satu sistem operasi contohnya Window 95 sudah sememangnya ada di dalam sistem operasi. Oleh yang demikian, ia hanya perlu dibentuk semual bagi membolehkan sistem pengopersian sesama pelanggan beroperasi.

 

KEBURUKAN PEER-TO-PEER


 1-Tidak berpusat – Tidak ada keselarasan bagi fail dan aplikasi
 2- Keselamatan – Tidak menyediakan ciri-ciri keselamatan bagi pelayan-pelanggan rangkaian.

 

PELANGGAN PELAYAN (CLIENT-SERVER)


Sistem Pengoperasian Rangkaian membenarkan rangkaian tersebut memusatkan fungsi dan aplikasi di dalam satu atau lebih fail pelayan yang dedikasi.Fail pelayan menjadi nadi kepada sesebuah sistem, menyediakan laluan ke pelbagai sumber dan turut menyediakan ciri-ciri keselamatan.


Stesen kerja individu boleh menggunakan sumber-sumber yang terdapat di dalam fail pelayan. Sistem pengoperasian rangkaian ini turut menyediakan mekanisma yang membolehkan intergrasi di antara semua komponen dan membenarkan pelbagai pengguna berkongsi sumber maklumat yang sama walaupun berada di beberapa kedudukan fizikal yang berlainan.

 

KEBAIKAN CLIENT-SERVER

 

1- Berpusat – Keselamatan sumber dan data dikawal oleh fail pelayan.


2- Memenuhi keperluan – ManaUana elemen dan dokumen boleh dialihkan secara berasingan mengikut tahap keperluan yang meningkat.


3- Fleksibel – Teknologi dan perisian yang terkini dengan mudah dapat dimasukkan ke dalam sistem.


4- Interoperasi – Semua komponen termasuk pelanggan, rangkaian dan fail pelanggan bekerja bersama-sama.

 

KEBURUKAN CLIENT-SERVER


1- Perbelanjaan – Memerlukan pelaburan yang banyak di dalam mendapatkan fail pelayan yang dedikasi.


2- Penyenggaraan – Rangkaian yang besar memerlukan sejumlah staff yang menjamin kecekapan operasi.


3- Permasalahan – Apabila fail pelayan mengalami masalah, segala operasi akan turut tergugat dan bermasalah.

 

CONTOH-CONTOH SISTEM PENGOPERASIAN RANGKAIAN


Di antara contoh-contoh Sistem Pengoperasian Rangkaian yang melibatkan rangkaian sesama pelanggan dan

pelayan-pelanggan ialah:


1-  AppleShare
2-  LANtastic
3-  Microsoft Windows untuk Workgroups
4-  Microsoft Windows NT Server

5- Novell Netware

Posted in Uncategorized | Leave a comment

Perkakasan Rangkaian

Perkakasan rangkaian merangkumi semua komputer, periferal, kad antaramuka (interface card) dan beberapa peralatan bagi menjalankan pemprosesan data dan komunikasi di dalam rangkaian.
Di antara komponen-komponen yang diperlukan sebagai perkakasan rangkaian ialah:

1. Fail pelayan

2. Stesen kerja

3. Kad antara muka

4. Concentrators / Hab

5. Pengulang (repeaters)

6. Jambatan (Bridges)

7. Router

 

1. FAIL PELAYAN

Fail pelayan merupakan tunggak utama kebanyakkan rangkaian. Ia merupakan sebuah komputer yang berkuasa tinggi dengan jumlah RAM dan ruang storan yang besar termasuklah kad antara muka. Sistem Pengoperasian Rangkaian bertapak di dalam komputer bersama-sama perisian aplikasi dan fail data yang boleh dikongsi.

Fail pelayan mengawal komunikasi maklumat di antara nod di dalam rangkaian. Contohnya, satu permintaan dari satu stesen kerja yang meminta program pemprosesan maklumat, menerima fail data dari satu stesen kerja yang lain dan menyimpan mesej e-mel pada masa yang masa. Tugas-tugas ini memerlukan sebuah komputer yang menyimpan banyak maklumat dan berkongsi di dalam masa yang singkat.


Fail pelayan seharusnya mempunyai ciri-ciri yang berikut:


1. Mempunyai megahertz atau pemprosesan mikro (Pentium, Power PC)
2.
Cakera keras yang cepat dengan storan sekurang-kurangnya 4 Gigabait
3. Satu RAID (Redundant Array of Inexpensive Disks) untuk menyimpan data selepas       penggunakan disket
4. Satu unit fail sandaran
5. Beberapa slot perluasan
6. Kad antara muka yang pantas
7. Sekurang-kurangnya 32 MB RAM

 

2. STESEN KERJA


Kesemua komputer yang dirangkaikan dengan fail pelayan dikenali sebagai stesen kerja. Satu stesen kerja yang tipikal merupakan sebuah komputer yang dilengkapi dengan kad antara muka rangkaian (Network Interface Card), perisian rangkaian dan kabel-kabel yang tertentu.Stesen kerja tidak semestinya mempunyai storan cakera liut atau storan cakera keras kerana fail akan disimpan di dalam fail pelayan. Hampir semua komputer berupaya berfungsi sebagai stesen kerja.

 

3. KAD ANTARA MUKA RANGKAIAN (NIC)

Kad antara muka rangkaian (NIC) menyediakan penyambungan fizikal di antara rangkaian dengan komputer stesen kerja. Kebanyakan NIC adalah bersifat internal dengan kad yang dimuatkan pada slot di dalam komputer. Beberapa komputer seperti Mac Classics menggunakan kotak luaran yang dilekatkan pada port bersiri atau port SCSI. Komputer laptop biasanya menggunakan adapter LAN secara luaran yang disambungkan secara luaran ke port selari atau kad rangkaian yang dimuatkan ke slot PCMCIA.
 

Kad antara muka rangkaian turut mempengaruhi kepantasan dan kebolehan sesebuah rangkaian.Adalah lebih baik menggunakan kad antara muka yang pantas seiring dengan jenis stesen kerja yang dijalankan. Tiga daripada kad antara muka rangkaian yang paling popular digunakan ialah kad Ethernet, penyambung LocalTalk dan kad Gelang Token.

 

4. KAD ETHERNET

Kad Ethernet biasanya dijual secara berasingan dengan komputer di pasaran, walaupun banyak komputer seperti Macintosh kini menyediakan satu pilihan di mana kad tersebut dimasukkan terus di dalam papan induk sesebuah komputer. Kad Ethernet turut menggunakan penyambung melalui kabel koaksial atau kabel pasangan berpintal (atau kedua-duanya sekali). Jika ia direka untuk kabel koaksial, penyambungnya ialah BNC. Jika ia direka untuk kabel pasangan berpintal pula, ia menggunakan oenyambung RJ-45.

Beberapa kad Ethernet turut mengandungi penyambung AUI. Ini boleh digunakan untuk menyambungkan kabel koaksial, pasangan berpintal atau fiber optik kepada kad Ethernet. Apabila kaedah ini digunakan, satu alat penghantar-terima luaran diperlukan pada stesen kerja ini.

 

PENYAMBUNG LOCALTALK


Penyambung LocalTalk merupakan salah satu hasil ciptaan Apple bagi menyelesaikan masalah rangkaian komputer Macintosh.Ia mengandungi satu kotak adapter yang khas dan kabel yang dipasangkan kepada port selari sebuah komputer Macintosh. Kekurangan utama pada LocalTalk ialah ia amat perlahan berbanding dengan Ethernet. Kebanyakan penyambung Ethernet beroperasi pada kelajuan 10 Mbps berbanding dengan LocalTalk yang hanya beroperasi pada kelajuan 230 Kbps atau 0.23 Mbps.

PERBANDINGAN DI ANTARA PENYAMBUNG ETHERNET DENGAN LOCALTALK ETHERNET


LOCALTALK

- Penghantaran data pantas (10 Mbps)
– Penghantaran data perlahan (0.23 Mbps)
– Mahal (dijual berasingan)
– Dibina di dalam Macintosh
– Memerlukan slot komputer
– Tiada slot diperlukan
– Digunakan pada sebarang komputer
– Hanya digunakan pada Macintosh

KAD GELANG TOKEN

Kad rangkaian Gelang Token merupakan kad yang hampir sama dengan Ethernet.Satu perbezaan yang dapat dilihat ialah jenis penyambung yang terletak di bahagian belakang kad tersebut. Kad Gelang Token biasanya mempunyai sembilan pin DIN jenis penyambung bagi meyambungkan kad tersebut kepada kabel rangkaian.

CONCENTRATORS / HUB

Concentrator ialah satu peranti yang menghubungkan titik tengah kabel dari stesen kerja, fail pelayan dan periferal. Di dalam topologi bintang, kabel pasangan berpintal disambungkan dari setiap stesen kerja ke titik tengah concentrator. Hub adalah concentrator slot yang pelbagai, yang mana kad pelbagai siri boleh disambungkan bagi menambahkan akses tambahan apabila rangkaian semakin berkembang saiznya.

Beberapa concentrator adalah pasif di mana ia membenarkan isyarat melepasi satu komputer ke komputer yang lain tanpa ada perubahan. Kebanyakan concentrator adalah aktif di mana ia mengenali isyarat dan mengesahkan kehadiran isyarat itu semasa isyarat itu berlegar dari satu peranti ke peranti yang lain.


Concentrators yang aktif lazimnya bertindak sebagai pengulang bagi memperpanjangkan sesuatu rangkaian itu. Concentrators biasanya:
1- Berpasangan dengan 8, 12 atau 24 RJ-45 port
2- Biasanya digunakan di dalam Topologi Bintang atau Bintang Cecincin
3- Dijual dengan perisian khas bagi pengurusan litar
4-Juga dipanggil hab
5- Biasanya dimasukkan (install) di dalam rak besi yang turut memuatkan netmodem, jambatan dan router

 

5. PENGULANG (REPEATER)

Apabila sesuatu isyarat bergerak di dalam satu rangkaian, ia menjadi semakin kurang bertenaga. Sebuah pengulang merupakan satu peranti mengecam isyarat apabila ia melintasinya. Pengulang melakukan ini melalui percikan elektrik pada isyarat yang diterima dan menyaiakannya semula. Pengulang boleh jadi sebuah peranti asing atau disatukan dengan concentrator.Ia digunakan apabila jumlah panjang kabel rangkaian melampaui had standard bagi jenis kabel yang digunakan.

Satu contoh penggunaan pengulang baik ialah pada LAN yang menggunakan Topologi Bintang melalui kabel tidak berlapik pasangan berpintal. Had panjang yang dibenarkan ialah 100 meter. Konfigurasi yang paling lazim ialah penyambungan setiap stesen kerja melalui kabel pasang berpintal kepada concentrator port pelbagai aktif. Concentrator memberi tenaga kepada semua isyarat yang melaluinya dan membenarkan had jumlah panjang kabel pada rangkaian melebihi 100 meter.

6. JAMBATAN (BRIDGES)

Sebuah jambatan atau penghubung berfungsi membenarkan satu rangkaian yang besar dibahagikan menjadi dua buah rangkaian yang kecil. Ini dapat mempertingkatkan mutu perkhidmatan pada rangkaian itu. Jika sistem perkabelan cara lama hendak disambungkan dengan sistem rangkaian terkini, sebuah jambatan merupakan jalan penyelesaian.


Satu jambatan bertugas mengawal laluan informasi dari kedua-dua belah bahagian rangkaian supaya ia dapat menghantar informasi yang diterima ke lokasi yang diminta.Kebanyak jambatan berupaya mengawal rangkaian dan secara automatik mengumpul alamat semua komputer yang terdapat pada kedua-dua belah rangkaian.

Jambatan turut berupaya untuk memeriksa setiap pesanan dan jika perlu menyiarkannya pada rangkaian yang di sebelah.


Jambatan menguruskan lalu lintas bagi mengekalkan persembahan optima dari kedua-dua bahagaian rangkaian itu. Walau bagaimana pun, maklumat yang tidak berkaitan tidak akan disiarkan. Jambatan turut boleh digunakan untuk menghubungkan kabel yang pelbagai jenis atau topologi fizikal. Namun begitu, protokol yang sama hendaklah digunakan.

 7. ROUTER

Sebuah router berfunsi sebagai penterjemah informasi dari satu rangkaian ke satu rangkaian yang lain. Ia boleh disamakan dengan jambatan yang bijak. Router memilih jalan yang paling sesuai untuk menghantar pesanan, berpandukan pada alamat dan asal. Ia juga boleh mengarahkan lalu lintas bagi mengelakkan perlanggaran dan turut bijak mengetahui pelusuk jalan dan jalan pintas.


Walaupun jambatan mengetahui alamat semua komputer di dalam rangkaian, router mengetahui alamat semua komputer, jambatan dan router yang lain yang terdapat di dalam rangkaian. Router juga turut tahu jalan mana yang sibuk dan mengarahkan data melalui jalan pintas sehingga laluan kembali normal.


Jika terdapat rangkaian LAN di sekolah yang hendak disambungkan dengan Internet, router merupakan jalan penyelesaiannya. Di dalam hal ini, router menjadi penterjemah di antara maklumat di dalam LAN dan Internet. Ia juga turut menyediakan jalan pintas yang paling baik untuk menghantar data ke Internet.


Router berupaya untuk:

- Mengarahkan isyarat trafik dengan berkesan

- Mengarahkan mesej di antara dua protokol

- Mengarahkan mesej di antara rangkaian bas, bintang dan bintang cecincin

- Mengarahkan mesej merentasi kabel fiber optik, koaksial dan kabel pasangan berpintal

Posted in Uncategorized | Leave a comment

Topologi Rangkaian

Topologi rangkaian merujuk kepada bagaimana komputer-komputer tersebut disambungkan secara pemetaan.Topologi rangkaian terbahagi kepada dua jenis iaitu topologi fizikal dan topologi logikal.

  1. Topologi fizikal bagi suatu rangkaian merujuk kepada konfigurasi yang terdapat pada kabel, komputer dan lain-lain periferal (peripherals).
  2. Topologi logikal merupakan kaedah yang digunakan untuk memindahkan informasi atau maklumat di antara satu komputer dengan satu komputer yang lain yang terdapat di dalam stesen kerja.

Berikut adalah di antara jenis-jenis topologi yang utama:

1. Topologi Bas atau Linear Bas (Bus or Linear Bus)

2. Topologi Bintang (Star)

3. Topologi Gelang Token (Token Ring) atau Bintang Cecincin (Star-Wired     Ring)

4. Topologi Pepohon (Tree)

5. Topologi Hierarki

TOPOLOGI BAS ATAU LINEAR BAS (BUS OR LINEAR BUS)

Suatu Topologi Linear Bas mengandungi kabel yang menjadi tunggak utama dan penyambung `nyawa’ kepada komputer-komputer yang terdapat di dalam rangkaian ini. Ia selalunya digunakan di dalam persekitaran yang menggunakan wayar koaksial. Kabel-kabel ini mempunyai satu titik permula serta penutupnya (terminator)  yang dipasang pada kedua-dua penghujung awal dan akhir kabel tersebut. Di antara kedua titik inilah komputer peribadi atau komputer pelayan dirangkaikan di antara satu sama lain. Semua nod ( fail pelayan, stesen kerja dan periferal) adalah disambung kepada kabel linear tersebut. Di antara rangkaian-rangkaian yang menggunakan topologi Linear Bas ialah Ethernet dan LocalTalk

KAEDAH TOPOLOGI LINEAR BAS BEKERJA

Semua nod pada Bas, Ethernet atau mana-mana rangkaian disambungkan kepada LAN sebagai cabang daripada talian umum. Setiap nod mempunyai alamat atau tanda pengenalan yang unik dan berbeza di antara satu sama lain.

Kad rangkaian yang dipasangkan di dalam nod sebuah komputer lain, pelayan fail, atau pelayan pencetak, mendengar untuk memastikan bahawa tiada isyarat sedang dihantar di sepanjang rangkaian. Kemudian ia akan menghantar mesej ke peranti lain dengan memberinya kepada penghantar-terima, biasanya pada kad tambah.

Setiap nod mempunyai penghantar-terimanya sendiri. Penghantar-terima akan menyiarkan mesej di dalam kedua-dua arah supaya ia sampai ke semua nod lain di dalam rangkaian. Mesej yang disampaikan termasuklah alamat destinasinya, sumber mesej tersebut, bingkisan pemeriksaan ralat, data-data atau maklumat. Setiap nod yang terdapat di sepanjang bas memeriksa maklumat alamat yang terkandung di dalam mesej. Nod di mana mesej tidak dialamatkan, tidak akan diberi sebarang perhatian. Apabila nod mengesan alamatnya sendiri di dalam mesej, nod akan membaca data, memeriksa ralat, dan menghantar pemakluman kepada penghantar, dengan menggunakan alamat penghantar, yang disertakan sebagai sebahagian daripada mesej.

Apabila dua nod menghantar mesej secara serentak, pelanggaran di antara dua mesej membentuk corak gangguan elektrik yang boleh dikesan bergerak sepanjang bas oleh penghantar.Penghantar pertama yang mengesan perlanggaran menghantar isyarat khas untuk menyekat rangkaian supaya semua nod akan tahu rangkaian telah disekat. Penghantaran dari semua nod akan terhenti, setiap nod menunggu secara rawak bagi satu tempoh masa sebelum cuba untuk menghantar semula mesejnya. Proses ini mengulang sehingga satu daripada nod menghantar mesejnya tanpa bertembung dengan mesej nod lain.

KEBAIKAN DAN KEKURANGAN MENGGUNAKAN LINEAR BAS KEBAIKAN LINEAR BAS

1. Mudah menyambungkan sesebuah komputer atau periferal kepada sesebuahtopologi Linear Bas.

2. Topologi ini amat mudah, murah serta senang untuk dikendalikan.

KEKURANGAN LINEAR

1. Sebarang masalah pada mana-mana nod pada rangkaian tersebut berupaya menjadikan keseluruhan rangkaian tersebut gagal berfungsi.

2. Titik permula atau penutup diperlukan pada kedua-dua penghujung tulang belakang kabel tersebut.

3. Sukar untuk mengenali permasalahan yang dihadapi jika keseluruhan sistem rangkaian itu gagal berfungsi.

4. Tidak boleh digunakan sebagai satu-satunya jalan penyelesaian rangkaian utama di dalam sesebuah bangunan yang besar.

TOPOLOGI BINTANG (STAR) ATAU LABAH-LABAH (SPIDER)

Selain daripada topologi bas, turut merupakan topologi yang agak popular ialah topologi bintang. Topologi ini adalah juga topologi yang seringkalinya digunakan di dalam persekitaran rangkaian yang berasaskan kepada penggunaan komputer pelayan-pelanggan (client-server). Persekitaran rangkaian berasaskan kepada topologi ini adalah bentuk topologi yang menjadi pilihan di kalangan pengguna rangkaian yang serius. Segmen industri khususnya syarikat multinasional, pusat pengajian tinggi awam, sektor pembuatan dan sebagainya selalunya selesa serta menggemari topologi ini.

Di antara ciri-ciri penting topologi ini serta sekaligus perbezaannya dengan topologi bas ialah penggunaan perkakasan yang dikenali sebagai hab. Hab ini merupakan perkakasan pusat yang berfungsi sebagai penyambung kepada komputer induk iaitu komputer pelayan. Manakala komputer peribadi iaitu nod-nod yang terdapat pada rangkaian tersebut akan bersambung pula kepada hab. Kaedah serta fungsi topologi ini beroperasi juga berbeza sedikit dengan kaedah operasi topologi bas.

Ini adalah apabila sesebuah nod atau komputer peribadi pada rangkaian tersebut menghantar mesej serta isyarat, ia akan dihantar dahulu kepada hab. Hab pula akan terlebih dahulu memprosesnya dan kemudian menghantar secara terus kepada komputer peribadi serta nod destinasi.Topologi ini juga agak stabil serta mudah diurus.

Oleh kerana ia berteraskan kepada penggunaan hab, kerosakan pada mana-mana nod serta komputer peribadi tidak akan memberikan kesan kepada keseluruhan rangkaian tersebut. Namun, jika ada masalah pada hab anda, alamatnya bermasalahlah rangkaian tersebut.

KAEDAH TOPOLOGI BINTANG ATAU LABAH-LABAH BEKERJA

Rangkaian ini terdiri daripada satu komputer hos yang disambungkan kepada satu atau lebih komputer yang kecil. Di dalam sistem seperti ini,  semua komunikasi mestilah melalui komputer hos sebelum bergerak ke satelit jauh yang sesuai. Apabila nod di dalam tatarajah rangkaian disambungkan kepada talian secara berasingan, kesemua nod-nod tersebut akan menghala ke hab yang sama atau ke stesen pusat. Stesen pusat lazimnya mengandungi suis untuk menyambungkan sebarang talian dengan sebarang talian yang lain.

Nod akan menghantar mesej alamat nod di mana mesej itu hendak ditujukan berserta kod pemeriksaan dan ralat ke pusat stesen. Walau bagaimanapun, lebih daripada satu nod dibenarkan untuk mengeluarkan mesej secara serentak. Stesen pensuisan kemudiannya akan meninjau setiap nod yang disambungkan kepadanya dengan tetap dan teratur.

Dengan mengambil giliran untuk membuka dan menutup suis, stesen turut berfungsi bagi mengelakkan sebarang mesej daripada berlanggar. Bagi mengelakkan sebarang nod daripada memonopolikan rangkaian tersebut, stesen pensuisan akan hanya membenarkan sebahagian kecil daripada mesej melalui suis pada setiap kali. Mesej lain perlulah menunggu giliran sehingga stesen bersedia untuk menerima dan melayannya.

KEBAIKAN DAN KEKURANGAN MENGGUNAKAN TOPOLOGI BINTANG ATAU LABAH-LABAH KEBAIKAN TOPOLOGI BINTANG

1. Mudah untuk ditempatkan (install) dan dipasang kabel (wiring)

2. Rangkaian tidak akan terganggu apabila salah satu daripada peranti atau periferal disambung atau dialih.

3. Mudah untuk mengesan kesilapan dan kecacatan yang berlaku dan memindahkan perkakasan yang rosak.

KEKURANGAN TOPOLOGI BINTANG

1. Memerlukan kuantiti kabel yang lebih panjang berbanding dengan topologi bas.

2. Jika hab atau concentrator gagal berfungsi, nod juga turut gagal untukmenjalankan tugasnya.

3. Kos yang diperlukan adalah lebih tinggi berbanding dengan topologi bas keranamelibatkan kos concentrators yang agak mahal.

4. Apabila komputer hos rosak, semua komputer akan terjejas dan menyebabkan kehilangan besar kuasa pengkomputeran.

TOPOLOGI GELANG TOKEN (TOKEN RING) ATAU BINTANG CECINCIN (STAR-WIRED RING)

Jenis topologi ini tidaklah sebegitu popular sebagaimana topologi bas dan topologi bintang. Rangka reka bentuk jenis topologi ini seolah menyamai sebuah bebulat. Ini adalah kerana setiap nod serta komputer peribadi akan disambungkan pula kepada komputer peribadi serta nod seterusnya iaitu nod yang bersebelahan dengannya.

Di dalam topologi ini, nod serta komputer peribadi yang terdapat pada rangkaian tersebut amat bergantung di antara satu sama lain. Jika sesebuah komputer itu rosak ataupun tidak bermasalah, seluruh rangkaian tersebut tidak akan dapat berfungsi. Walaupun topologi ini seakan-akan ada persamaan dengan topologi bas, namun ia juga mempunyai perbezaannya yang tersendiri.

Di antara perbezaanya ialah kaedah mesej serta isyarat dihantar. Jika topologi berasaskan bas menghantar mesej secara dua hala, topologi ini pula menghantar secara sehala. Ini bermakna ia akan melalui setiap nod serta komputer peribadi yang terdapat di dalam rangkaian tersebut sehingga sampai kepada komputer destinasi.

Kelebihan pada topologi ini adalah aspek kos topologi ini yang selalunya lebih murah jika dibandingkan dengan kos untuk membangunkan rangkaian menggunakan topologi-topologi yang lain. Namun ia tidaklah sebegitu digemari kerana adalah sukar untuk menambah upaya sesebuah rangkaian yang menggunakan topologi seumpama ini.

BAGAIMANA TOPOLOGI GELANG TOKEN ATAU BINTANG CECINCIN BEKERJA

Rangkaian gelang ini terdiri daripada beberapa sistem komputer yang berpaut secara bersiri di antara satu sama lain, tanpa komputer hos pusat. Komunikasi hanya boleh dilakukan secara terus antara sistem-sistem satelit. Semua nod pada rangkaian gelang token disambungkan kepada litar yang sama, yang membentuk gegelung selanjar. Token, yang mengandungi mesej pendek (walaupun semuanya kosong), beredar secara berterusan di sekeliling gegelung dan dibaca melalui kad penyesuai gelang token pada setiap nod ketika token lalu.

Nod yang hendak menghantar mesej menyambar token semasa ia lalu, dan mengubah kod perduaan di dalam token untuk mengumumkan bahawa ia sedang digunakan. Ia turut menyertakan mesej nod bersama-sama dengan alamat nod yang ditujukan dan kod pemeriksaan ralat. Hanya satu mesej sahaja pada setiap kali perjalanan yang boleh diedarkan pada rangkaian.

Disebabkan rintangan elektrik yang merupakan sebahagian daripada sebarang litar akan secara beransur-ansur menghilangkan token dan mesejnya yang disertakan, setiap nod mengandungi pengulang yang menjana semula keseluruhan mesej untuk mengekalkan kekuatan dan integriti data.Setiap nod akan memeriksa token semasa ia berlalu untuk melihat sama ada token mengandungi alamat nod. Mesej yang dimaksudkan untuk nod membuat salinan mesej dan kemudian meneruskan penghantarannya di sepanjang gelang. Mesej akhirnya kembali ke nod asal, yang kemudian membuang mesej tersebut dan mengembalikan isyarat, yang mana kesemuanya kosong sama seperti keadaan asalnya.

KEBAIKAN DAN KEKURANGAN MENGGUNAKAN TOPOLOGI GELANG TOKEN ATAU BINTANG CECINCIN KEBAIKAN TOPOLOGI GELANG TOKEN

Jika komunikasi terputus di antara dua sistem bersebelahan, satu lintasan alternatif di antara dua tempat ini boleh digunakan.

1. Mudah ditempatkan (install) dan dikabelkan (wiring).

2. Mudah mengesan kecacatan dan kesilapan peralatan dan mudah untuk mengasingkan perkakasan yang berkenaan.

KEKURANGAN TOPOLOGI GELANG TOKEN

1. Memerlukan kabel yang lebih panjang sama seperti topologi bintang.

2. Jika hab atau concentrator gagal berfungsi, nod berkenaan juga turut gagal< berfungsi. Walaupun Topologi Gelang Token kelihatan serupa pada zahirnya dengan topologi bintang, namun begitu sebenarnya Topologi Gelang Token telah dilengkapi dengan MAU ( multistation access unit) yang mengandungi kabel dan pendawaian yang membenarkan topologi ini menghantar informasi atau maklumat dari satu peranti ke satu peranti yang lain di dalam bentuk bulatan (in a circle).

Topologi ini merupakan kombinasi karektor-karektor dari topologi-topologi bas dan bintang. Ia mengandungi beberapa kumpulan stesen kerja berbentuk bintang yang dirangkaikan dengan kabel yang menjadi tulang belakang (backbone) kepada suatu topologi berbentuk topologi bas.

Topologi  Pepohon ini membenarkan suatu perluasan atau pengembangan bentuk dari suatu rangkaian yang telah wujud dan ini turut membolehkan sekolah-sekolah menyelaraskan satu rangkaian yang memenuhi kehendak mereka.

KEBAIKAN DAN KEKURANGAN MENGGUNAKAN TOPOLOGI PEPOHON

KEBAIKAN TOPOLOGI PEPOHON

1. Mempunyai titik-ke-titik perkabelan untik setiap invidu segmen.

2. Disokong oleh beberapa perkakasan dan perisian yang pelbagai iaitu saling melengkapi di antara satu sama lain.

KEKURANGAN MENGGUNAKAN TOPOLOGI PEPOHON

1. Secara keseluruhan, panjang setiap segmen adalah terhad mengikut jenis kabelyang digunakan.

2. Jika tulang belakang atau kabel utama mengalami kerosakan, keseluruhan segmen tersebut turut lumpuh dan gagal untuk beroperasi.

3. Lebih sukar dari segi pembinaan dan perkabelan berbanding dengan topologi-topologi yang lain. ATURAN 5-4-3Satu perkara yang perlu dipertimbangkan semasa membina rangkaian topologi pepohon melalui penggunaan protokol Ethernet ialah Aturan 5-4-3. Satu aspek di dalam protokol

Ethernet memerlukan satu isyarat dihantar keluar melalui kabel rangkaian dan melalui setiap bahagian di dalam rangkaian di dalam jangkamasa yang spesifik. Setiap concentrator atau pengulang (repeater) yang dilalui oleh isyarat telah menambahkan bilangan masa lagi. Ini membawa kepada penetapan di mana, apabila terdapat dua nod di dalam rangkaian, hanya sebanyak 5 segmen sahaja yang dibenarkan pada tahap maksima.Kemudian,  5 segmen tersebut disambungkan melalui 4 pengulang (repeaters) atau concentrators. Sebagai tambahan, hanya 3 daripada segmen tersebut yang boleh diperkembangkan hanya jika ia dibuat daripada kabel koaksial.

Satu perkembangan segmen bermaksud satu segmen yang mengandungi satu atau lebih nod yang disambungkan kepadanya. Walau bagaimanapun, peraturan ini tidak boleh diikuti oleh protokol rangkaian yang lain  atau protokol Ethernet bila mana kesemua kabel yang digunakan adalah kabel fiber optik. Rangkaian hierarki ini mengagihkan sumber ke seluruh organisasi mengikut keperluan sesuatu peringkat pengurusan. Peringkat yang terendah ialah peringkat pengguna yang kuasa pengkomputeran mereka dibekalkan hanya untuk kerja-kerja rutin sahaja.

Peringkat ini dipautkan kepada peringkat yang lebih tinggi daripadanya dan kepada sistem maklumat yang berkaitan. Rangkaian hierarki ini menggunakan komputer kecil yang dimasukkan ke dalam komputer pusat yang lebih besar. Walaupun setiap kaki pada hierarki ini boleh dikendalikan sendiri, kesemuanya dikawal oleh sistem utama.

Posted in Uncategorized | Leave a comment

Jenis-jenis Rangkaian

Komputer Rangkaian terdiri daripada dua atau lebih komputer yang disambungkan untuk membolehkan perkongsian sumber, (contoh : pencetak, pengimbas, storan dan sebagainya) pertukaran fail, atau dengan kata lain untuk membolehkan perkongsian secara elektronik.

Jenis-Jenis Rangkaian

Jenis-jenis rangkaian sebenarnya ditakrifkan mengikut lingkungan geografi sesuatu rangkaian itu. Selain daripada itu, perbezaan di antara skema rangkaian-rangkaian tersebut turut melibatkan jarak dan orientasi. Biasanya ia berorientasikan kerangka pusat dan menggunakan talian telefon atau bergantung kepada geganti gelombang mikro untuk menghantar data. Terdapat tiga jenis rangkaian komputer yang asas iaitu :

  • Rangkaian Kawasan Setempat(Local Area Network-LAN)
  • Rangkaian Kawasan Luas (Wide Area Network-WAN)
  • Rangkaian Kawasan Metropolitan(Metropolitan Network-MAN)

Rangkaian Kawasan Setempat LAN

  • Terhad kepada batasan geografi yang kecil.
  • Contoh LAN-rangkaian yang meliputi sesebuah bangunan,sekolah, pejabat atau kampus
  • Fungsi asas LAN-
    • Satu rangkaian yang menghubungkan sebilangan komputer didalam kawasan terhad seperti dalam kampus universiti, didalam sesebuah bangunan dan didalam bilik serta kerap dihubungkan dengan komputer kerangka utama atau minikomputer.
    • Jarang sekali rangkaian LAN meliputi kawasan yang lebih daripada satu batu jaraknya.
  • Cara pemasangan
    • Rangkaian LAN dapat dihubungkan dengan pelbagai kaedah sepeti kabel pasangan terpiuh atau berpintal, gentian optik,talian telefon dan cahaya inframerah serta isyarat radio

Rangkaian Kawasan Luas(WAN)

  • Rangkaian WAN menggabungkan dua atau lebih rangkaian LAN dan biasanya melibatkan suatu kawasan geografi yang luas. 
  • WAN menghubungkan suatu kawasan yang lebih luas dari segi geografinya contohnya menghubungkan Florida,Amerika Syarikat dengan dunia.
  • Wan berupaya menghubungkan sekolah-sekolah diflorida dengan tempat-tempat lain didunia contohnya Tokyo dalam hanya beberapa minit sahaj,tanpa perlu menyediakan sejumlah wang yang besar untuk membayar bil telefon.
  • Rangkaian WAN amat rumit dan kompleks kerana memerlukan pelbagai perkakasan dan perisian sebelum membolehkan rangkaian setempat dan metropolitan berhubung secara global dan antarabangsa seperti internet.

Rangkaian Kawasan Metropolitan MAN

  • Rangkaian MAN meliputi suatu kawasan geografi yang luas berbanding dengan rangkaian LAN.
  • Rangkaian MAN biasanya beroperasi dibandar-bandar, gabungan beberapa buah sekolah atau di sesebuah daerah.
  • Dengan menggunakan rangkaian MAN,informasi dan maklumat dapat disebarkan dengan meluas, cepat dan berkesan.
  • Contoh penggunaan MAN-perpustakaan-perpustakaan awam, dan agensi kerajaan.
Posted in Uncategorized | Leave a comment

Pengenalan-Isu Teknologi

Penggunaan komputer telah merubah lanskap kehidupan manusia. Cara manusia berhubung, membeli belah, belajar telah banyak dipengaruhi oleh kepesatan teknologi komputer. Teknologi komputer juga telah merubah cara manusia bekerja. Ini semua dipengaruhi oleh perkembangan teknologi komputer.

Di antara perkembangan tersebut ialah peralatan komputer menjadi semakin kecil. Contohnya penggunaan transistor sebagai laluan untuk menghantar signal elektronik dalam litar telah digantikan dengan litar bersepadu atau integrated circuit (IC). Ini kerana cip atau IC ini dibuat dari silikon yang asalnya daripada pasir yang jauh lebih kecil saiznya berbanding transistor. Hasilnya saiz komputer hari ini lebih kecil berbanding komputer dahulu kala.   Perkembangan teknologi komputer juga dipengaruhi oleh kelajuan komputer yang semakin pantas. Kesannya banyak kerja boleh diselesaikan dalam masa yang singkat. Kos memiliki komputer juga telah menurun dengan drastik berbanding tahun-tahun sebelum ini.  Ringkasnya, saiz komputer yang semakin kecil, kos yang menurun dan kelajuan yang semakin pantas memberi impak terhadap penggunaan komputer dalam kehidupan manusia. Disamping itu komputer yang disambungkan dengan komputer lain melalui sesuatu saluran komunikasi seperti kabel telefon membolehkan maklumat disampai dan dikongsi bersama. Tambahan pula ciri-ciri multimedia (teknologi yang memaparkan maklumat melalui lebih dari satu media seperti teks, gambar, audio dan video)  dan interaktiviti (komunikasi dua hal yang mebolehkan pengguna mendapat dan memberi maklumbalas secara spontan serta mengubahsuai apa yang dilakukan komputer) menghasilkan satu ledakan informasi yang sangat menarik.  Teknologi komputer dan komunikasi membolehkan beberapa industri seperti media massa, hiburan, peralatan elektronik bergabung. Gabungan tersebut merujuk kepada beberapa industri bergabung dalam satu peralatan bagi membolehkan pertukaran data dalam format komputer. Contohnya tefon bimbit dengan kamera digital serta TV yang mempunyai akses Internet.     

Posted in Uncategorized | Leave a comment