Protokol Rangkaian dan Komunikasi

TCP/IP

IP (Internet Protokol)

Internet Protokol ialah internet untuk protokol yang digunakan bagi menyambung pelbagai rangkaian bagi membentuk internet. Diperkenalkan pada tahun 1983 dan merupakan sebahagian daripada projek DARPA.

Pengalamatan.

Satu isu yang pertama yang dikendalikan oleh IP ialah isu pengalamatan. Disebabkan IP menghubungkan beberapa rangkaian, pengalamatan dalam IP mestilah mempunyai dua komponen iaitu nombor yang menandakan rangkaian dan nombor yang menandakan nod dalam rangkaian.

IP menggunakan cara pengalamatan 32bit, yang dibahagikan kepada kelas.

  • Kelas A : menggunakan 8 bit pertama  untuk menandakan nombor rangkaian dan 24 untuk menandakan nod dalam rangkaian.
  • Kelas B : menggunakan 16 bit untuk menandakan nombor rangkaian dan 16 bit untuk menandakan nod dalam rangkaian.
  • Kelas C : menggunakan 24 bit untuk menandakan nombor rangkaian dan 8 bit untuk menandakan nod dalam rangkaian.

32 bit alamat nin dibahagikan kepada 4 bait. JAdi alamat suatu nod dapat dinyatakan sebagai 202.185.46.201

Bagi memastikan alamat IP tidak bertindih, perlu ada satu kawalan pusat yang mengeluarkan nombor IP. Kawalan pusat pada peringkat antarabangsa ini akan mengumpukkan alamat IP bagi suatu negara. Pada peringkat negara juga perlu ada satu badan yang mengawal nombor IP bagi setiap organisasi dalam negara tersebut. Begitulah juga pada peringkat organisasi.

Subrangkaian

Apabila satu rangkaian tempatan berkembang, pengurusannya kerapkali menimbulkan masalah. Setiap kali satu rangkaian baru dibentuk, pentadbir sistem perlu menghubungi pengawal IP untuk mendapatkan nombor rangkaian yang baru. Bagi membolehkan rangkaian dipecahkan kepada beberapa rangkaian tetapi masih dianggap sebagai satu rangkaian ialah memecahkan rangkaian kepada subrangkaian. Misalnya bagi rangkaian yang menggunakan pengalamatan kelas B, 6 bit boleh digunakan bagi menandakan subrangkaian dan 10 bit lagi digunakan bagi menandakan hos.

Protokol kawalan Internet

Selain daripada IP terdapat tiga protokol kawalan yang digunakan pada paras rangkaian iaitu :-

  • ICMP (Internet Control Message Protocol)

Protokol ini mengawal sebarang peristiwa  yang tidak dijangka dan melaporkan   dalam bentuk perutusan.

  • ARP (Address Resolution Protocol)

Walaupun setiap stesen mempunyai alamat IP, ia tidak boleh digunakan untuk menghantar data kerana alamat yang digunakan oleh suatu rangkaian adalah berbeza daripada alamat ini. Bagi memetakan alamat IP kepada alamat sebenar rangkaian, protokol ARP digunakan.

  • RARP (Reverse Address Resolution Protocal)

          Songsangan kepada protokol ARP.

 Protokol penentuan laluan

Penentuan laluan dalam internet dilakukan dengan menggunakan dua protokol:-

  • OSPF (Open Shortest Path First)

         Protokol ini digunakan bagi menentukan laluan di dalam suatu rangkaian.

  • BGP (Border Gateway Protokol)

          Digunakan bagi menentukan laluan yang melibatkan dua rangkaian yang berbeza.

TCP (Transmission Control Protokol).

TCP ialah protokol pengangkutan data yang disediakan dalam internet. Ia telah direkabentuk untuk menyediakan satu aliran data yang boleh dipercayai antara dua stesyen dalam internet. TCP pada asalnya ditakrifkan dalam RFC 793. Beberapa pembaikan kepada TCP dinyatakan dalam RFC 1122 dan beberapa tambahan kepadanya dinyatakan dalam RFC 1323.

Model TCP

Perkhidmatan TCP boleh diperolehi oleh penghantar dan penerima dengan menggunakan soket. Setiap soket mempunyai nombor soket (alamat) yang terdiri daripada alamat IP dan juga Nombor pangkalan.

Satu soket boleh digunakan bagi pelbagai sambungan pada satu masa. Maknanya satu atau lebih sambungan boleh menggunakan satu soket yang sama.

Sambungan TCP adalah dupleks dan stesyen kepada stesyen berasaskan kepada konsep pelayan pelanggan. Pelanggan adalah stesen yang memerlukan perkhidmatan manakala pelayan adalah stesen yang memberikan suatu perkhidmatan. TCP tidak menyokong sambungan daripada satu stesen kepada banyak stesen pada satu masa.Sambungan TCP juga adalah berasaskan kepada aliran bait dan bukannya aliran perutusan.

Pengurusan sambungan

Sambungan TCP dibina dengan menggunakan pertukaran perutusan tiga arah. Bagi membina sambungan,

  • pelayan akan menunggu permintaan sambungan dengan melaksanakan primitif LISTEN dan ACCEPT.

  • pelanggan akan melakukan permintaan sambungan dengan melaksanakan primitif CONNECT.

  • pelayan boleh menerima atau menolak permintaan tersebut.

  • pelanggan kemudiannya akan memberikan maklum terima kepada pelayan.

 

FTP (File Transfer Protokol)

Protokol Pemindahan Fail atau File Transfer Protokol (FTP) merupakan satu kemudahan yang amat berguna dalam proses pemindahan atau perkongsian fail atau data melalui talian berkomunikasi berkomputer.

Protokol Pemindahan Fail membolehkan pemindahan fail dilakukan di antara dua komputer yang disambungkan dengan talian Internet. Fail-fail yang dapat dipindah termasuk perisian, dokumen, fail untuk konfigurasi rangkaian dan sebagainya. Untuk memindah fail dengan menggunakan protokol yang berkenaan, seseorang memerlukan perisian pemindahan fail yang khas. Perisian yang paling  popular digunakan ialah WS-FTP yang merupakan sejenis perisian freeware. WS-FTP menyediakan antaramuka mudah untuk seseorang melaksanakan proses FTP.

Banyak pusat-pusat pengajian, agensi kerajaan dan firma-firma di serata dunia menyediakan pelbagai fail untuk dicapai oleh pengguna secara percuma. Pengguna dapat mencapai dan menyalin fail-fail tersebut tanpa memerlukan kata laluan. Cara untuk menyalin fail tanap menggunakan kata laluan dikenali sebagai Protokol Pemindahan Fail Tanpa Nama.

Menerusi internet, segala fail sama ada dalam bentuk teks, grafik, audio atau video amat mudah untuk dipindahkan dari satu komputer kepada komputer yang lain dengan menggunakan ” File Transfer Protocol (FTP)”. Segala bahan pembelajaran yang terdapat dalam sesuatu server (di mana-mana institusi pendidikan) boleh dipindahkan ke dalam komputer kita di rumah atau di sekolah tanpa mengalami sebarang perubahan. Pada hari ini, terdapat pelbagai perisian yang boleh dimuat turun (download) sama ada secara percuma ataupun berbayar. Kita juga boleh memuatkan kembali (upload) segala fail ke dalam sesuatu server untuk di pamirkan atau dimanfaatkan oleh orang lain, terutama para pendidik dan pelajar di seluruh dunia. Semuanya menggunakan kemudahan FTP.

Capaian maklumat melalui internet melibatkan dua komponen utama iaitu capaian secara fizikal (physical access) dan capaian secara bijaksana (intellectual access). Capaian secara fizikal di dalam internet merupakan kemudahan kelengkapan komputer kepada guru dan pelajar untuk mencapai internet berserta dengan komponen seperti e-mel, gopher, kumpulan perbincangan elektronik, pemindahan fail, Archie, Veronica, WAIS, dan WWW. Tanpa kemudahan untuk mencapai internet, pengajaran secara maksima mengintegrasikan internet dalam pengajaran dan pembelajaran sukar berlaku. Namun dengan kemudahan jaringan kerja setempat “LAN” (Local Access Network) hasrat mengintegrasikan internet ke dalam pengajaran masih boleh dilaksanakan. Pelajar juga perlu dididik mengenai tanggungjawab dan etika sebagai pengguna “on-line” di dalam mencapai internet. Pelajar perlu didedahkan kepada capaian intelektual , iaitu kebolehan dan kemahiran menjelajah dunia siber dengan penuh berakhlaq dan bijaksana.

Kemahiran-kemahiran intelektual yang perlu ada pada pelajar di dalam mencapai internet secara efektif ialah:

  • Mengetahui cara menggunakan beberapa aplikasi penting seperti e-mail, FTP, IRC dan sebagainya.
  • Menguasai beberapa perisian word processing dan grafik.
  • Memilih engin pencari yang sesuai dan tahu menggunakannya.
  • Memilih maklumat yang sah dan boleh dipercayai melalui penilaian terhadap kandungan dan sumber.
  • Merancang pencarian supaya cepat dan tepat.
  • Menganalisa data.
  • Membina dan menguji model-model.

Pembelajaran melalui internet seharusnya lebih banyak tertumpu kepada aktiviti “intellectual inquiry” , iaitu aktiviti yang boleh membawa pelajar kepada penyelesaian masalah berasaskan sumber maklumat yang bermakna. Antara kaedah-kaedah pengajaran yang sesuai digunakan ialah:

  • Pengajaran berasaskan sumber (resource based teaching)
  • Pengajaran pemusatan pelajar (child-centered classrooms)
  • Pengajaran berkonstruktif (constructivist teaching)
  • Pengajaran dan pembelajaran “Authentic” (Authentic teaching and learning)
  • Pengajaran dan penilaian berasaskan kepada pencapaian pelajar dalam sesuatu projek (project oriented education using authentic assessment).

HTTP (Hypertext Transfer Protokol)

Protokol Pemindahan Hipertaks merupakan protokol utama yang digunakan dalam World Wide Web (WWW) untuk memindahkan maklumat di antara komputer. Perkataan “http” di permulaan alamat (URL) halaman induk tersebut merujuk kepada Hypertext Transfer Protocol.

Antara perintah HTTP disenaraikan seperti di dalam jadual di bawah.

Nama

Penerangan

GET Permintaan untuk membaca satu laman web.
HEAD Permintaan untuk membaca kepala laman web.
PUT Permintaan untuk menyimpan laman web.
POST Menambah kandungan satu laman web.
DELETE Membuang laman web
LINK Menyambung dua sumber
UNLINK Memutuskan hubungan antara dua sumber.

SMTP (Silmple Mail Transfer Protocol)

Dalam internet, proses pemindahan email dilakukan dengan membina sambungan TCP pada pengkalan 25 pada mesin destinasi. Tugas untuk melakukan pemindahan ini dibuat oleh satu perisian email (biasanya dikenali sabagai daemon) yang menggunakan protokol SMTP (Simple Mail Transfer Protokol). Protokol SMTPini dinyatakan dengan menggunakan RFC 821. Daemon ini menggunakan sambungan dan menyalin perutusan yang diterima ke dalam peti surat yang sesuai. Jika suatu perutusan tidak dapat dihantar, satu maklumbalas diberikan kepada penghantar.

SMTP adalah suatu protokol berasaskan ASCII. Selepas membuat sambungan TCP, mesin penghantar yang bertindak sebagai pelanggan akan menunggu kepada mesin penerima yang bertindak sebagai pelayan memberikan maklumbalas menyatakan identit dan kesediaannya untuk menerima email. Jika pelayan tidak bersedia untuk menerima email, sambungan akan terputus dan pelanggan boleh membuat percubaan untuk menghantar email tersebut sekali lagi.

Satu contoh sesi penghantaran email menggunakan protokol SMTP:- 220 sun1.ftsm.ukm.my.ESMTP Sendmail 8.9.3/8.9.3;Tue, 15 Feb 2000 11:54:55 + 0800 (SGT)

                  HELO abc.com

250 sun1.ftsm.ukm.my Hello [202.185.60.64], pleased to meet you

                  MAIL FROM <amz@abc.com>

501 Syntax error in parameters scanning “FROM”

                  MAIL FROM: <amz@abc.com>

250<amz@abc.com>…Sender ok

                   RCPT TO : <mjn@sun1.ftsm.ukm.my>

550<mjn@sun1.ftsm.ukm.my>…User unknown

                   RCTP TO : <jan@sun1.ftsm.ukm.my>

250<jan@sun1.ftsm.ukm.my>…Recipient ok

                   DATA

354 Enter mail, end with “.” on a line by itself

                   Apa khabar? Sedang mencuba email menggunakan SMTP

250 LAA06239 Message accepted for delivery

                                  QUIT                                                                                            

Interaksi dengan SMTP boleh dilakukan samada pada paras pengguna atau aturcara pengguna. Pada paras pengguna, kita boleh membuat sambungan kepada SMTP dengan menggunakan perintah telnet pada pangkalan 25 seperti berikut:-

            telnet sun 1.ftsm.ukm.my 25

Dalam contoh di atas, perintah kepada SMTP dilakukan dengan menggunakan empat huruf, HELO bukannya HELLO. Sintaks bagi setiap perintah mestilah dinyatakan dengan betul. Perintah MAIL FROM yang pertama tidak mengandungi tanda kolon menyebabkan ia ditolak.

Perintah RCPT TO menyatakan alamat penerima mail. Pelayan akan membuat semakan samada peti surat penerima tidak ditemui, jadi ia memberi maklumbalas menolak permintaan tersebut. Perintah ini hanya membolehkan menyenarai satu penerima pada satu baris. Jika kita ingin menghantar email kepada lebih dari seorang pengguna, kita perlulah menyenarai setiap pengguna satu demi satu.

DATA adalah perintah yang menyatakan bahawa selepas daripada ini isi surat akan disertakan. Biasanya isi surat ini disertakan bersama-sama dengan kepala surat tersebut. Untuk menamatkan sesi SMTP, perintah QUIT digunakan.

POP (Post Office Protocol)

Penggunaan agen pengguna pada PC memerlukan perpindahan peti surat yang terdapat di dalm pelayn email kepada peti surat di dalam PC pengguna dan apabila email dihantar ia dilakukan dengan memindahkan daripada PC kepada pelayan email.

Protokol bagi melakukan pemindahan antara peti surat pelayan email dan peti surat PC dikenali sebagai POP3, yang ditakrifkan dalam RFC 1225. Perisian yang mengendalikan protokol POP3 juga adalah sebuah daemon yang menunggu pada pangkalan TCP 110.

Hubungan dengan POP3 dapat dilakukan samada pada paras pengguna atau menggunakan aturcara pengguna. Pada paras pengguna, kita boleh menggunakan sambungan telnet pada pangkalan 110 seperti berikut:-

        telnet sun1.ftsm.ukm.my 110

This entry was posted in Uncategorized. Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s